Saturday, 11 March 2017
BICARA TUAN PENGARAH 11 MAC @ Mesyuarat Agung PIBG SK Tok Jiring (SKK) kali ke-23/ 2017. 1. Kehadiran ibu bapa ke Mesyurat Agung PIBG amat perlu.Isu dan gambaran sebenar secara berdepan diperoleh agar tidak timbul keraguan tentang isu-isu tertentu.Contoh kes culik van putih.Tidak ada satu pun kes seperti itu berlaku di Terengganu. 2. Mohon ibu bapa faham tentang isu kewangan dan peruntukan sekarang.Untuk murid tidak ada peruntukan yang dipotong, kecuali peruntukan tuntutan untuk guru.Penglibatan ibu bapa sangat penting dalam memastikan kecemerlangan anak-anak. 3. Membawa komuniti ke dalam sekolah.Kepakaran-kepakaran ibu bapa dibawa ke sekolah.Contohi kecemerlangan sekolah-sekolah daerah lain contoh SK Tapu , SK Dusun ,SK Pasir Nering di Daerah Hulu Terengganu. 4. Gerakan melahirkan generasi Terengganu yang menjadi landasan dan penyumbang pada masa akan datang.Terdapat 12 elemen yang akan diterapkan kepada GEN- T (Generasi Terengganu). 5. UPSR penentu penempatan ke sekolah menengah, bukan penentu masa depan .Tetapi jika anak-anak berada di laluan atau landasan terbaik, pasti kecemerlangan masa depan akan dicapai. Ibu bapa perlu CAKNA,CARA,CAMIK untuk memastikan kecemerlangan anak-anak. - Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment